Laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS)
Posted by adminJan 16
Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah laporan berkaitan maklumat pinjaman yang dibuat oleh setiap individu. Kita berhak untuk mengetahui maklumat tersebut dan berikut adalah panduan bagaimana untuk mendapatkan penyata CCRIS.
(1) Sekiranya tuan dari Lembah Kelang, tuan boleh mendapatkan laporan kredit dari Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia (BNM), di alamat berikut:
BNMLINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur
BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari) kecuali pada cuti umum.
Sila bawa bersama-sama tuan MyKad dan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu atau pasport, yang boleh mengesahkan identiti tuan. Laporan kredit akan diberikan kepada tuan di BNMLINK selepas permohonan diterima pada hari yang sama.
(2) Sekiranya tuan berada di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching, tuan boleh mendapatkan laporan kredit dari cawangan-cawangan BNM yang tersebut. Alamat cawangan-cawangan BNM adalah seperti berikut:
BNM Pulau Pinang
No.27 Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
Talian Am: 04 262 7125 / 7126 / 7127 / 7128 / 263 3371
Talian Faks: 04 261 1223
BNM Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor
Talian Am: 07 224 0799 / 224 0792 / 224 0741 / 223 2798 / 223 2809 Talian Faks: 07 223 6931
BNM Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu
Talian Am: 09 622 0571 / 0634 / 0644
Talian Faks: 09 622 0516
BNM Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Talian Am: 088 211 211 / 212 / 213 / 214 / 215 / 216 Talian Faks: 088 219 464
BNM Kuching
Jalan Satok
93000 Kuching
Sarawak
Talian Am: 082 252 311 / 230 969
Talian Faks: 082 414 996
Cawangan-cawangan BNM beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang (tutup waktu makan tengah hari dari 1.00 petang – 2.00 petang kecuali hari Jumaat dari 12.30 tengah hari – 2.30 petang) kecuali pada cuti umum.
Sila bawa bersama-sama tuan MyKad dan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu atau pasport, yang boleh mengesahkan identiti tuan. Laporan kredit akan diberikan kepada tuan di cawangan selepas permohonan diterima pada hari yang sama.
3) Sekiranya tuan bukan dari kawasan-kawasan di atas, tuan boleh memohon laporan kredit dengan melengkapkan dan menghantar borang permohonan laporan kredit serta dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan.
Sila hantar melalui pos atau faksimili borang yang lengkap berserta dokumen sokongan kepada:
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
P.O Box 10922
50929 Kuala Lumpur
No. Faks: +603 2174 1515
Sila ambil maklum bahawa permohonan laporan kredit melalui pos mungkin akan mengambil masa dari 2 hingga 4 minggu untuk diproses kerana laporan kredit akan dihantar kepada tuan melalui institusi kewangan yang berdekatan dengan kediaman tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 1-300-88-5465 atau layari laman web


























