Archive for the ‘ Info_Takaful ’ Category

Adakah ku bersedia…

Diam tak diam kita sekarang sudah pun berada di bulan September, 2010.
Artikel yang dipetik dari Sunday Star, bertarikh 21 June 2009, dah lebih setahun artikel ini dikeluarkan.

Anda boleh membaca artikel ini secara keseluruhannya, bagaimanapun terdapat beberapa point yang sedikit sebanyak menarik perhatian dan secara ringkasnya ingin saya kongsikan di sini :
1 – Rakyat Malaysia sudah mula membuat perancangan untuk persaraan pada umur 34 tahun berbanding umur 37 tahun berdasarkan kepada kajian pada tahun 2007.
Komen : Bermulalah lebih awal kerana lebih baik.
2 – Lebih ramai kini yang memilih untuk membuat Pengeluaran Fleksibel 55 Tahun.
Komen : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam laporan prestasi suku tahun kedua 2010 mencatatkan lebih ramai ahli memilih untuk tidak mengeluarkan semua wang simpanan mereka sekaligus apabila mencapai umur 55 tahun. Sepertimana pengeluaran sekaligus yang boleh mengakibatkan simpanan dihabiskan dalam tempoh yang singkat.
3 – Kuasa beli pengguna telah menurun daripada 40% kepada 30%.
Komen : Dengan kadar kenaikan harga barangan yang meningkat setiap tahun. Fikirkan kuantiti barang yang boleh dibeli di pasaraya dengan hanya membawa RM50.
4 – Dalam membuat persediaan persaraan, memerlukan seseorang untuk berfikir dan sedar tentang keperluan dan cara untuk meningkatkan simpanan persaraannya.
Komen : Terdapat banyak alternatif untuk meningkatkan simpanan dan salah satunya adalah menerusi pelaburan unit amanah. Dapatkan khidmat penasihat kewangan yang bertauliah yang boleh dipercayai.
5 – Terdapat kepentingan untuk melindungi simpanan kita dan ketahuilah bahawa pembiayaan penyakit kritikal boleh menghakis simpanan anda.
Komen : Buatlah perancangan kewangan yang komprehensif. Bagaimana kalau anda masukkan pelan Takafulink beserta perlindungan perubatan. Jika anda masih sihat dan masih berumur kurang daripada 35 tahun, dapatkannya.
6 – Adalah menjadi tanggungjawab setiap seseorang untuk memperolehi ilmu sebelum membuat pelan persaaran yang baik.
Komen : Mungkin jika anda belum mempunyai apa-apa perancangan, apakata luangkan masa untuk melihat apa yang anda miliki sekarang dan masa depan.

Terfikir jugak kadang-kadang kenapa saya perlu mempunyai Pelan Takaful yang berasaskan pelaburan beserta kad perubatan sekarang walaupun saya tidak menggunakannya buat masa sekarang.j0289344

Walaubagaimanapun, bila difikirkan balik berasaskan kepada fakta-fakta masa hadapan, saya rasa bersyukur kerana dapat memilikinya sekarang :
1 – Jika kita ditakdirkan panjang umur, kita akan menjadi tua juga pada satu hari nanti. Kita mempunyai simpanan dan tidak perlu membebankan anak-anak dengan menyediakannya terlebih dahulu dengar kadar sumbangan bulanan yang cukup minima.

2 – Dengan umur yang meningkat, kos penjagaan kesihatan atau perubatan akan semakin bertambah. Tambahan lagi, pelbagai penyakit atau wabak seperti H1N1 yang boleh melanda pada bila-bila masa dan paling tidak ianya memerlukan kaedah rawatan yang terkini. Untuk rawatan yang terkini bermakna kosnya juga adalah tinggi.
3 – Kadar inflasi akan menyebabkan kos perubatan semakin meningkat pada masa akan datang. Sebagai contoh, mahu tak mahu, harga secawan kopi sekarang tidak lagi boleh diperolehi dengan harga 50 sen. Apakah yang akan berlau dalam tempoh 20 tahun akan datang? Begitu juga yang berlaku dengan kos rawatan hospital.
4 – Kita pasti pada masa hadapan hanya mereka yang tua dan berpenyakit akan terbela dan mampu dirawati oleh mereka yang sihat, bekerja dan membuat persediaan pelan Takaful bermula pada tika dan saat ini.
5 – Pelan perlindungan yang diberikan adalah sehingga berumur 80 tahun di mana keperluan takaful adalah sangat diperlukan pada ketika itu nanti.
6 – Manfaat perlindungan yang diberikan oleh majikan adalah cukup terhad dan diberikan hanya ketika anda berkhidmat dengan majikan sahaja.
7 – Setiap sumbangan yang dibuat ke atas pelan Takaful diberi pelepasan cukai oleh kerajaan. Secara tidak langsung  kepentingan diri dan keluarga diberikan perhatian terlebih dahulu.
8 – Penyakit yang bakal menghidapi diri sendiri atau keluarga tidak akan menunggu sehingga kita atau keluarga terlebih dahulu mendapatkan persediaan kos rawatan perubatan.
9 – Dengan sumbangan bulanan secara minima RM150 saya telah mendapat jaminan kewangan untuk kos perubatan tersedia bermula dengan nilai RM500,000. Pengiraan secara kasarnya adalah seperti berikut :
- Untuk menyimpan RM500,000 dengan sumbangan bulanan RM100, bermakna saya perlu membayar untuk tempoh selama 5000 bulan atau 416 tahun!!!
10 – Saya menyertai pelan Takafulink adalah kerana ianya adalah Takaful berkaitan pelaburan yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Sumbangan ini akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah. Secara tidak langsung, ini membolehkan anda menerima pulangan yang lebih baik sekiranya anda bercadang untuk mempunyai matlamat simpanan jangka panjang.
11 – Saya berniat untuk setiap sumbangan bulanan saya adalah sebagai derma sekiranya saya tidak menggunakannya pada hari ini saya halalkan sumbangan ini untuk digunakan kepada peserta Takaful yang memerlukan. Inilah salah satu yang dapat saya lakukan untuk membantu saudara saya yang lain. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan dan dimurahkan lagi rezeki.

Hubungi saya untuk diskusi secara lanjut, Najib 019 266 9028

Sumbangan pelan Takaful kini telah menjadi mudah dengan adanya kaedah sumbangan secara online. Salah satu daripada kaedah untuk saya membuat sumbangan Pelan Takaful saya adalah melalui M2u atau www.maybank2u.com.my.

Di sini saya ingin kongsikan kaedah secara ringkas tetapi saya rasakan cukup untuk membolehkan peserta pelan Takaful seperti saya sebagai panduan asas untuk membuat pembayaran melalui Maybank2U.

Download : Langkah mudah pembayaran melalui Maybank2U Online

Jika ada sebarang masalah boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan. Najib 019 266 9028.

Nak tunggu apa lagi

Adalah penting untuk anda membuat keputusan perancangan kewangan untuk masa hadapan.

Lebih lama anda menunggu atau bertangguh maka lebih banyak jumlah wang yang perlu anda keluarkan untuk mencapai matlamat persaraan atau perlindungan kesihatan anda. Inilah yang dinamakan impak/kesan menunggu di mana makin lama anda menunggu maka makin berkurangan manfaat yang akan anda perolehi sekiranya anda tidak berbuat apa-apa.

costwaiting

Sebagai contoh, jika anda berumur 35 tahun dan inginkan simpanan berjumlah RM500,000 pada umur 65 tahun, anda hanya perlu menyimpan sebanyak RM353 di dalam pelan pelaburan/simpanan yang memberikan pulangan sebanyak 8% setahun. Berbanding, mereka yang berumur, 45 tahun, anda perlu menyimpan sebanyak RM873 sebulan.

Kuasa compounding interest membantu di dalam mempercepatkan matlamat anda.

Hubungi saya sekiranya saya boleh berkongsi maklumat lanjut dengan anda mengenai pelan Takaful atau pelan pelaburan unit amanah melalui skim EPF : Najib 019 – 266 9028

Jika menghidap penyakit dan dimasukkan ke hospital, kita sentiasa mengharapkan :
1 – Nasihat perubatan oleh pakar perubatan yang terbaik
2 - Perkhidmatan, penjagaan dan layanan mesra yang pantas dan cekap
3 – Kaedah perubatan dan rawatan diberikan adalah yang terbaik

Walaubagaimanapun, jika kita memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital yang boleh memberikan apa yang kita harapkan adakah kita bersedia untuk membayar untuk perkhidmatan tersebut?
Antara alternatif untuk kemudahan pembayaran bil hospital sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan hospital :
1 – Kredit kad – jika anda mempunyai had kredit yang mencukupi tentunya tiada masalah bagi anda. Bayaran minimum 5% sebulan mungkin mampu menyelesaikan bayaran bil perubatan.
2 – Akaun simpanan – jika anda membuat simpanan RM100 sebulan dalam masa 1 tahun, simpanan mungkin mencecah RM1200.
3 – Keluarga atau sahabat – jika keluarga atau sahabat anda mempunyai wang lebihan, mungkin anda boleh bawa berbincang untuk meminjam sedikit bagi menampung keperluan pembayaran bil hospital anda.
4 – Open ward atau 4 bed di hospital swasta masih lagi dicaj di bawah RM100 sehari. Mungkin hospital kerajaan juga kini mampu menyediakan perubatan yang terbaik seperti HKL, HP, HBPP, HUKM, HUSM dan lain-lain lagi boleh menjadi pilihan anda.

Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai lebihan wang yang boleh digunakan apakata cuba pertimbangkan untuk dapatkan kad perubatan dari pengendali Takaful.

Secara konsepnya, sebelum berlakunya sakit kita cuba selesaikan bil hospital dengan cara ansuran terlebih dahulu. Ini bermakna secara logiknya kita sekarang sudah bersiap sedia menghadapi daripada menanggung kos mengejut. Tambahan bagi mereka yang bekerja, bolehlah pula mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun yang disediakan oleh kerajaan.

Hakikat kehidupan ini :
1 – Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja
2 – Kita akan berhadapan dengan berbagai masalah jika kita menghidapi penyakit
3 – Rawatan perubatan bukanlah sesuatu yang boleh ditangguh
4 – Sentiasa berdoa agar kita semua sihat selama-lamanya hendakNya.

Hubungi atau sms untuk penerangan percuma : Ahmad Najib – 019-2669028

n_inflation

Mahu tak mahu, kalau nak dapatkan penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi – kita tiada pilihan melainkan dengan membayar lebih. Tetapi dengan kenaikan kos perubatan dan rawatan kesihatan akibat inflasi/kenaikan harga mampukah kita menanggung kos tersebut dengan duit simpanan atau harta kekayaan kita sedia ada?

Berdasarkan gambar di atas, saya ingin berkongsi 3 kesan inflasi ke atas nilai matawang kita berdasarkan anggaran kadar inflasi adalah 6% setahun.
1 – Kos belian – Untuk membeli barang makanan yang berharga RM20 sekarang, anda terpaksa mengeluarkan sebanyak RM64 dalam jangka masa 20 tahun akan datang.
2 – Kos perbelanjaan – Untuk perbelanjaan RM48,000 sekarang, anda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM153,942 dalam jangka masa 20 tahun akan datang.
3 – Nilai kuasa beli anda - Untuk nilai wang yang anda miliki sekarang yang bernilai RM500,000 sebenarnya hanyalah bernilai RM145,053 dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

Bagaimana pula kalau anda hanya ada RM5,000 sahaja sekarang ini? Ini adalah kehidupan, kalau dah ditakdirkan kita akan sakit memang kita akan sakit, tetapi takdir tidak pula menentukan bagaimana kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi saat tersebut. Tuhan masih memberikan kita peluang untuk menentukan dan janganlah pula kita menyalahkan takdir jika sesuatu yang tak menyebelahi kita kelak.

Hubungi saya – Najib 019 266 9028.

Terima kasih kerana memilih Pelan Takaful untuk anak anda.  Untuk makluman, pelan pendidikan beserta perlindungan Takaful boleh diperolehi dengan hanya sumbangan bulanan serendah RM50 sebulan.

Walaubagaimanapun, untuk memperolehi tabungan yang mencukupi untuk pendidikan, peserta dicadangkan untuk membuat sumbangan sekurang-kurangnya RM100 sebulan.

Untuk menyertai Pelan Takaful ini adalah cukup mudah. Hanya telefon saya, Najib 019-2669028,  insyaallah, saya akan ke tempat anda untuk memberi penerangan.

Untuk tempoh sehingga 1 Ogos 2010, dapatkan ganjaran menarik sekiranya anda mendapatkan pelan Takaful untuk anak-anak anda.

Video di bawah hanyalah sebagai idea sahaja bagaimana kita di dalam Takaful mahupun Insuran membantu peserta sesama peserta yang lain.

Apabila kita mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, kita akan lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Tentunya ketenangan akan diperolehi kerana kita mampu mengawal segalanya.

Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana Pelan Takaful berasaskan pelaburan boleh membantu, hubungi saya, Najib 019 2669028.

1. Tidak dinafikan semua orang patut memiliki Pelan Takaful. Bagaimanapun, tidak semua daripada kita yang mampu memiliki pelan Takaful seperti yang dihajati.
2. Sekiranya anda berpeluang untuk memiliki Pelan Takaful, anda hendaklah memastikan bahawa pelan Takaful tersebut menepati keperluan kewangan anda pada masa ini dan keperluan kewangan anda yang dijangkakan.
3. Dengan kata lain, anda perlu mampu membuat sumbangan seperti yang telah dipersetujui untuk Pelan Takaful tersebut.
4. Sekiranya tiada sumbangan dibuat, secara tidak langsung pelan Takaful anda tidak lagi dikuatkuasakan dan sekiranya tuntutan dibuat bermakna anda tidak akan menerima apa-apa.

Anda boleh berbincang dengan agen Takaful sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat sumbangan. Menarik tentang sumbangan Takaful ialah anda tidak dikenakan riba/caj bunga sekiranya anda terlewat membuat sumbangan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Najib 0192669028

Jumlah bayaran cukai yang dikenakan adalah bergantung kepada jumlah pendapatan lebihan setelah ditolak dengan pelepasan cukai yang dibenarkan dan bayaran potongan cukai berjadual atau bayaran zakat. Sumbangan pelan Takaful boleh membantu anda mendapat pelepasan sehingga RM9,000 setahun. Ini termasuk dengan sumbangan KWSP anda.

Katakan jumlah pendapatan bercukai anda adalah RM35,500 (Tanpa pelepasan RM9,000 setahun) iaitu :
1.
Cukai ke atas RM35,000 yang pertama adalah RM1,525.00
2. Cukai ke atas baki RM500 @ 12% adalah RM 60.00
3. Jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah RM1,585.00

Sekiranya pelepasan RM9,000 diambil kira, jumlah pendapatan bercukai anda adalah RM35,500 – RM9,000 = RM26,500 iaitu :
1.
Cukai ke atas RM20,000 yang pertama adalah RM475.00
2. Cukai ke atas baki RM6,500 @ 7% adalah RM 455.00
3. Jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah RM930.00

Antara manfaat pelan Takaful :
1 – Mengurangkan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai
2 – Membantu anda membuat sumbangan untuk diri anda sendiri terlebih dahulu
3 – Mendapat manfaat perlindungan selama-mana sumbangan Takaful dibuat
dan lain-lain lagi…

Maklumat lanjut berkaitan penerangan dan pengiraan cukai boleh dirujuk di https://ef.hasil.gov.my/eBE2010/temp/NotaBE2009.pdf

Hubungi saya, Najib 0192669028 untuk maklumat lanjut.

Bagi anda yang telah membuat sumbangan untuk Pelan Takaful pada tahun 2009, jangan lupa dapatkan pengecualian bayaran cukai untuk taksiran cukai bagi tahun 2009. Taksiran cukai boleh dibuat di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://e.hasil.gov.my/.

Pengecualian yang diberikan adalah sehingga RM9,000. Dibawah berikut adalah snapshot daripada e-filing untuk cukai taksiran anda.

Mulai bulan Mac, 2010, pihak Prudential BSN Takaful telah menghantar penyata sumbangan Takaful tahun 2009. Pastikan anda mendapat penyata tersebut untuk membolehkan anda mendapat pelepasan cukai yang dibenarkan. Jumlah pelepasan bergantung kepada jumlah sumbangan yang dibuat oleh anda.

Bagi klien saya, sila hubungi saya Najib 0192669028 sekiranya anda belum menerima penyata sumbangan pelan Takaful anda.

Ibarat sebuah kapal layar yang belayar di lautan tenang, kekadang tetap boleh sesat tanpa haluan. Apatah lagi jika laut bergelora, pastinya  akan tetap terumbang-ambing dipukul ombak yang datang dengan mengganas tiba-tiba.

Begitu juga dengan perancangan di dalam kehidupan, tanpa perancangan, hidup ini pasti penuh dengan ketidakpastian. Sebagai individu atau ketua keluarga, tak kira sama ada anda mahu atau tidak, anda perlu tetap mempunyai perancangan dan matlamat hidup sendiri.

Berkait pula dengan perancangan di dalam Islam, di mana ianya adalah satu ibadah.  Terdapat pengajaran yang cukup baik di dalam Al-Quran, sila rujuk surah Al-Yusuf (47-49), tentang akan datangnya satu ketika 7 tahun kemarau dan 7 tahun rahmat dari Allah.

Apa yang jelas dan nyata disini, kita tidak mahu anda menderita akibat gagal merancang dan masalah ini mungkin akan membebani keluarga, masyarakat dan negara.

Apakah anda telah mempunyai perancangan dan matlamat hidup anda sendiri? Anda perlu bersyukur kerana dengan harta dan nikmat yang diberikan oleh Allah, tanggungjawab seterusnya adalah untuk terus mentadbirkannya dengan sebaik-baiknya.

Apakah anda sudah mempunyai perancangan anda untuk melindungi harta dan juga diri anda atau keluarga?

j0178593

Hubungi saya Najib 019 266 9028 untuk saya kongsikan dengan anda tentang bagaimana perlindungan Takaful boleh membantu anda.

Semua agen Takaful adalah tertakluk kepada Keperluan Kontrak bagi Agen bagi pengendali Takaful masing-masing.Sila rujuk contoh keperluan sasaran jumlah kes terbaru seperti di bawah.

Requirement for Agent
1. The review of production requirement for Maintenance of Contract for agents will be carried out on half-yearly  basis. (Sebelum ini quarterly review)
2.The minimum Maintenance of Contract requirements for agents is 18,000 NPC per annum.
3. Agents who do not meet the minimum production set for two consecutive review period will have their contract terminated.

Minimum Year To Date Production
1st Half

by 30 June 20010 8,000 NPC (min 7 cases of RM100 monthly contribution)
2nd Half  
by 31 December 2010 18,000 NPC (Total 15 cases of RM100 monthly contribution)

4. Minimum First Year Persistency of 85%. Client with Auto debit is recommended.
5. Complete a minimum of 30 Continuing Professional Development (CPD) hours.
6. Comply with BNM and Company guidelines, and MTA’s Code of Ethics and Conduct.

j0177750

Note: QA’s contract will be terminated if QA fails to meet First Year Persistency of 85%, Minimum Production and 30 Hours CPD.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi agen Takaful, hubungi saya dengan segera Najib (019 266 9028 ). Bantuan, bimbingan dan aktiviti akan disediakan secara PERCUMA.

Senarai Laman Web Hospital

Senarai laman web hospital swasta adalah untuk membantu anda mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai hospital-hospital swasta di Malaysia.

Senarai ini tertakluk kepada perubahan dan akan cuba dikemaskini dari masa ke semasa.

bilik1

Jadi apa ditunggu lagi, hubungi saya SEGERA Najib 019 266 9028  untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah contoh senarai hospital panel bagi salah sebuah pengendali Takaful :


Sekiranya anda mempunyai peluang untuk memiliki kad perubatan, dapatkannya sekarang sekarang kerana kebanyakkan hospital swasta menerima kad perubatan sebagai salah satu alternatif untuk pembayaran kos hospital. Jangan hanya bergantung harap kepada pelan perubatan oleh majikan anda kerana manfaat itu hanya diperolehi ketika anda berkhidmat dengan majikan sahaja.

Dengan adanya kad perubatan anda sendiri, anda kini boleh membuat keputusan untuk rawatan kesihatan anda sendiri. Tertakluk kepada terma dan syarat penyedia kad perubatan itu sendiri, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memahaminya.  

Assunta Hospital With its rich historical background, Assunta Hospital has developed into a modern, specialist hospital with 350 beds and staff of 700. The Hospital prides itself on patient-centred care and is well-known for its nursing service
Columbia Asia Medical Centres Bringing 21st Century Medicine to the Emerging Countries of Asia. Columbia Asia has developed a unique model for hospitals. We deliver advanced medical care through facilities located in neighborhoods, rather than the central city. With sophisticated hospitals based in their communities, patients have dramatically improved access to quality affordable care.
Damai Specialist Hospital in Kota Kinabalu
Fatimah Hospital in Ipoh
Gleneagles Intan Gleneagles Intan , Kuala Lumpur, comprises a 330-bed tertiary care hospital and a separate Medical Office Building which accomodates consultants of various specialties and sub-specialties for outpatient services.
Gleneagles Medical Centre in Penang
Hospital Pakar Perdana in Kota Baru, Kelantan
Hospital Pusrawi in KL
Island Hospital in Penang
Institut Jantung Negara IJN was part of the Kuala Lumpur General Hospital until 1st August 1992 when corporatised and established as a separate and specialist entity committed to delivering the most advanced standards in cardiovascular and thoracic medicine for adult and paediatric heart patients. We have earned our reputation as a centre of excellence for cardiac care from having treated well over a million patients; helping save many lives in the process.
Kajang Specialist Hospital Kajang, Selangor
Kedah Medical Centre  
Kuantan Specialist Hospital  
Kuching Specialist Hospital  
Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd Link to the KPJ group of private hospitals
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital  
KPJ Damansara Specialist Hospital  
KPJ Ipoh Specialist Hospital  
KPJ Johor Specialist Hospital  
KPJ Selangor Specialist Centre  
Lam Wah Ee Hospital in Penang
Loh Guan Lye Hospital in Penang
Mahkota Medical Centre in Melaka
Metro Specialist Hospital in Sungai Petani, Kedah
Mount Miriam Hospital Mount Miriam Cancer Hospital was set up in 1976 by the Sisters of Franciscan Missionaries of the Divine Motherhood (FMDM). It is located in a serene setting, inviting patients and all those who come here to experience peace and serenity of mind and body. Mount Miriam is a 40 bedded hospital for the treatment and continuing care of patients with cancer.
NCI Cancer Institute NCI Cancer Hospital (formerly known as Nilai Cancer Institute) is the pioneer private specialist center in Malaysia. We focus equally on two core activities: cancer treatment and clinical research.
Normah Medical Specialist Centre Kuching
Pantai Group of Hospitals Medical care has made great advances during the past century with innovative surgical techniques and drug therapy leading the way forward. In the new millennium, people all over the world will expect, and demand, medical care of the highest quality. With this in mind, the Pantai Group has geared itself to become a major provider of Integrated Health Care Services for Malaysia and the world
Pantai Hospital Ampang  
Pantai Hospital Ayer Keroh  
Pantai Hospital Batu Pahat  
Pantai Hospital Cheras  
Pantai Hospital Ipoh  
Pantai Hospital Klang  
Pantai Hospital Kuala Lumpur The Group’s flagship hospital
Pantai Hospital Penang  
Pantai Hospital Sungai Petani  
Penang Adventist Hospital  
Penang Specialist Hospital  
Perdana Specialist Hospital in Kota Bahru
Prince Court Medical Center Malaysia’s internationally-accredited private healthcare facility. Here, you will enjoy the superior care, expertise, and facilities that make us one of the top medical centres in Asia.
Puteri Specialist Hospital in Johor Bahru
Putra Medical Centre in Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
Putra Medical Centre same name as the one above but this one is in Kedah
Putra Specialist Hospital formerly known as the Southern Hospital. Melaka and Batu Pahat branches
Sabah Medical Centre  
Selangor Medical Centre  
Sentosa Medical Centre in Kuala Lumpur
Seremban Specialist Centre  
Shah Alam Specialist Centre  
Sime Darby Medical Centre Subang Jaya formerly known as Subang Jaya Medical Centre. Today, Sime Darby Medical Centre Subang Jaya has 393 beds, offering a full range of medical and surgical specialties and sub-specialties. Sime Darby Medical Centre Subang Jaya’s ten centres of excellence with its team of highly specialised surgical and medical expertise, ably supported by superior medical technology and competent allied healthcare teams provide premier yet affordable medical care.
Sime Darby Specialist Centre Megah formerly known as Megah Medical Specialists Group
Sri Kota Specialist Medical Centre in Klang, Selangor
Strand Specialist Hospital in Sungai Petani, Kedah
Sunway Medical Centre Sunway Medical Centre (SUNMED) offers comprehensive range of medical services which includes facilities and medical technologies for outpatient and in-patient speciality care, health & wellness promotion, and 24-hour emergency services. These are all supported by professional clinical expertise, advanced medical technology as well as trained and dedicated nursing staff.
Tanjung Medical Centre in Penang
Tawakal Hospital  
Tung Shin Hospital Affiliation of Cancer Society Treatment Centre. The services and activities of the Society are geared towards prevention and control of cancer and to bring relief to cancer patients. This Mission Of Hope is a continuous journey of education and public awareness. The Society also provides for the early diagnosis, support, care and treatment of cancer patients.

Pelan Takaful berkaitan Kemalangan (PA) merupakan salah satu daripada produk Takaful yang memberi perlindungan kepada peserta untuk perkara-perkara yang berkaitan kemalangan.

images

Antara ciri-ciri menarik Pelan Takaful ini adalah :
1 – Perlindungan 24 jam meliputi seluruh dunia
2 – Perlindungan untuk keluarga meliputi dengan tiada had jumlah anak ditetapkan.
3 – Perlindungan akibat kemalangan adalah bermula dari RM29 sebulan atau RM340 setahun untuk :
i – perlindungan sejumlah RM100,000 untuk kematian akibat kemalangan.
ii – perbelanjaan perubatan bernilai RM1,000 untuk setiap kemalangan.
iii – elaun perbelanjaan pengkebumian RM2,000 untuk setiap seorang.
iv – pembayaran penghantaran jenazah sehingga RM5,000 bagi setiap seorang jika kematian akibat kemalangan yang berlaku di luar negara.
Nota : SEMUA perlindungan di atas meliputi diri anda dan keluarga untuk tempoh 1 tahun dan kelas pekerjaan 2.
4 – Peserta berhak menerima 70% daripada keuntungan pelaburan jika ada berdasarkan kepada konsep perkongsian lebihan keuntungan.
5 – Sumbangan boleh dibuat melalui tunai, potongan kad kredit atau auto debit.

Berikut adalah contoh Pelan Takaful untuk individu :

1 – Perlindungan akibat kemalangan adalah bermula dari RM14 sebulan atau RM160 setahun untuk :
i – perlindungan sejumlah RM100,000 untuk kematian akibat kemalangan.
ii – perbelanjaan perubatan bernilai RM1,000 untuk setiap kemalangan.
iii – elaun perbelanjaan pengkebumian RM2,000 untuk setiap seorang.
iv – pembayaran penghantaran jenazah sehingga RM5,000 bagi setiap seorang jika kematian akibat kemalangan yang berlaku di luar negara.

Hubungi saya untuk penerangan lanjut, Najib 019 266 9028

Tahukah anda bahawa pelan Takaful yang diambil oleh anda bukan hanya untuk kepentingan diri anda sendiri tetapi juga untuk membantu mereka yang memerlukan.

Konsep Dana Tabarru’ yang dipakai oleh pengendali Takaful sebenarnya membolehkan semua peserta pelan Takaful membuat sumbangan ke dalam satu tabungan yang boleh membantu meringankan bebanan peserta yang terkena musibah.

Sekiranya anda bernasib baik, anda sebenarnya secara tidak langsung membuat sumbangan derma/sumbangan amal jariah kepada mereka yang memerlukan sumbangan anda.  Ingatlah, Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) KECUALI tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain serta anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Janganlah menganggap sumbangan anda hanyalah merupakan bayaran hangus yang tiada apa-apa nilai. Tetapi  sebenarnya hanya melalui sumbangan anda itulah yang membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang dilanda musibah.

Hubungi saya sekiranya anda ingin mendapatkan penerangan lanjut Najib 019 266 9028.

Apabila pendapatan terhenti?

Pernahkah anda terfikir apabila pendapatan anda terhenti akibat musibah yang tiba-tiba melanda? Apakah persediaan yang telah dilakukan oleh anda?

Hubungi saya 019 266 9028 sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pandangan atau penerangan iaitu mengenai bagaimana Pelan Takaful boleh membantu anda meneruskan kehidupan di saat-saat anda memerlukan.

PendapatanTerhenti1

Merujuk kepada laman web rasmi Bank Negara Malaysia, sehingga 4 Disember 2009, hanya terdapat 8 pengendali Takaful yang dilesenkan dan beroperasi buat pada masa sekarang ini di Malaysia.

Salah satu daripadanya adalah Prudential BSN Takaful.

Rujuk link di bawah berikut :
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund=0&cu=0

Takaful Operators  
No.  Name  Ownership
1  CIMB Aviva Takaful Berhad L
2  Etiqa Takaful Berhad L
3  Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad L
4  HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd L
5  MAA Takaful Berhad L
6  Prudential BSN Takaful Berhad L
7  Syarikat Takaful Malaysia Berhad L
8  Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. L

Menurut pandangan Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net/) rujuk http://www.zaharuddin.net/content/view/307/101/, sesuatu syarikat insuran perlu mempunyai majlis penasihat syariahnya sendiri, untuk tergolong ke dalam senarai pengendali Takaful oleh Bank Negara Malaysia .

Senarai pengendali Takaful di dunia juga boleh diperolehi di laman web Assosiation of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM)Prudential BSN Takaful merupakan salah sebuah pengendali Takaful yang telah didaftarkan di bawah AIBIM.

Diharapkan dengan adanya maklumat di atas dapat memberikan panduan untuk anda membezakan mengenai pengendali/pemberi perkhidmatan pelan Insuran/Takaful yang anda miliki sekarang ini.

Sekiranya anda masih belum memiliki pelan perlindungan, adalah dicadangkan untuk anda mengambil pelan tersebut daripada pengendali Takaful yang didaftarkan. Ini adalah kerana Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram. (Rujuk KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDING HUKUM SYARA’(FATWA), NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MENGENAI HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWA).

Hubungi saya untuk maklumat lanjut Najib 019 266 9028 www.mudahniaga.com

Salah satu daripada tujuan Ko takaful diperkenalkan bagi membolehkan perkongsian kos berkaitan tuntutan perubatan dan rawatan sakit luar berkaitan kemasukan hospital antara peserta dan pengendali Takaful. Jumlah ko-takaful yang dibayar selalunya akan dimaklumkan kepada peserta sebelum menyertai Pelan Takaful yang dipilih.Sebagai contoh, peserta mungkin hanya membayar sebanyak 10% berbanding dengan pengendali Takaful sebanyak 90% daripada jumlah tuntutan rawatan. Dan jumlah bayaran yang dikenakan mungkin tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan iaitu :
a – Tuntutan rawatan perubatan : 10% dari jumlah bil yang tertakluk kepada bayaran Minima RM300 dan Maksima RM1,000 oleh peserta.
b – Tuntutan rawatan pesakit luar berkaitan kemasukan hospital : 10% dari jumlah bil yang tertakluk kepada bayaran Maksima RM2,000 oleh peserta.
Bayaran ko takaful perlu dibayar terlebih dahulu sebelum peserta keluar dari hospital. Kadang-kala kemungkinan besar bayaran ini akan ditolak daripada bayaran deposit yang dikenakan sewaktu kemasukan peserta ke hospital.
Cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah ko takaful (bergantung kepada situasi anda) :
1 – Peserta adalah dinasihatkan untuk mengambil rider tambahan iaitu berkaitan dengan elaun hospital (HB) dan elaun perlindungan perubatan (MC) bagi mengurangkan atau mendapat lebihan setelah pembayaran ko takaful dibuat. Jika peserta boleh membuat tuntutan manfaat elaun hospital atau membuat pengeluaran dari akaun pelaburan atau akaun peserta, sila gunakan borang tuntutan atau pengeluaran. Boleh rujuk kepada agen untuk bantuan.
2 - Simpanan di dalam akaun pelaburan peserta melalui sumbangan Takaful Saver dan Bonus Tiada Tuntutan akan membolehkan peserta membuat pengeluaran pada bila-bila masa apabila simpanan minima mencecah RM500.
3 – Sebagai tambahan, simpanan dari akaun peserta juga boleh dikeluarkan dengan minima pengeluaran sebanyak RM1,000 dengan syarat baki yang ditinggalkan adalah sebanyak RM1,000 di dalam akaun tersebut. 
4 – Dapatkan bantuan saya jika keadaan benar-benar terdesak – hanya untuk klien saya sahaja :)

j0177752

Untuk penerangan lanjut hubungi Najib 019 266 9028.