Archive for November, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

hari-raya

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pengunjung Muslimin dan Muslimat yang mengunjungi laman web mudahniaga.com serta rakan-rakan dan klien yang terus memberikan sokongan.

Semoga kita semua dapat mengambil keberkatan dan pengajaran sempena peristiwa korban yang dibuat oleh Nabi Ibrahim (AS) ke atas anaknya Nabi Ismail.

Mudah-mudahan segala amalan dan perbuatan yang baik diterima oleh Allah SWT. Amin…

Hukum berkaitan penama sudah difatwakan pada 1973 di mana penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.

Penama adalah orang yang diberi kuasa untuk mengeluarkan wang si mati dengan mudah dan segera tanpa perlu melalui proses pembahagian harta pusaka mengikut undang-undang pembahagian harta pusaka.

Namun, penama bukanlah pemilik wang itu kerana penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Selepas mengeluarkan wang, penama hendaklah membahagikannya kepada waris mengikut faraid.

Sumber: Berita Harian, 12hb Jun 2008 - Wang Insurans Tidak Ikut Syarak Bukan Harta Pusaka, Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak.

Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram. (Rujuk KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDING HUKUM SYARA’(FATWA), NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MENGENAI HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWA).

Jika syarikat berkenaan tidak menjalankan kegiatan mengikut hukum syarak, wang daripada insurans selepas pencarum meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka. Hanya wang pendahuluan atau wang yang dibayar setiap bulan oleh si mati saja menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.

Sumber: Berita Harian, 12hb Jun 2008 - Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak.

Bestkan kalau ada banyak duit…katanya duit boleh beli macam-macam. Nak beli apa, cakap saja berapa harga. Dah ada duit katakan.

Tapi, terfikirlah pulak…berapa banyak duit atau nilai wang yang perlu kita ada. Maklumlah nak beli macam-macam ni…RM100K, RM500K or RM1 juta. Entah-entah masih tak cukup jugak.

Dengan kebebasan kewangan ianya bukan bergantung kepada banyak mana duit yang kita ada tetapi adalah keupayaan kita dalam mengatasi masalah yang berkaitan kekurangan wang. Masalah ini boleh muncul secara tiba-tiba dan tanpa disangka.

Bagaimana nak atasi masalah tak cukup wang, dengan kata lain kenalah sentiasa berdoa agar dibukakan pintu rezeki serta diberkati dan terus berusaha disamping mempelajari ilmu berkaitan dengan perancangan kewangan.

Kita akan bersambung lagi di artikel akan datang mengenai beberapa kesilapan kita yang menyebabkan kita masih gagal mencapai kebebasan kewangan yang dikehendaki. 

Anda ingin membina laman web?

Bagi anda yang ingin membina laman web sendiri, boleh gunakan panduan berikut :

1 – Dapatkan hosting anda di sini. Jika anda ingin melihat pakej yang disediakan oleh NetKL.com, sila klik di sini : www.NetKL.com. Hanya RM60 setahun beserta domain .com anda diberi secara percuma. Sebagai contoh www.<nama-anda>.com

2 – Rujuk http://wordpress.tv/2009/06/08/create-an-ecommerce-website-with-wordpress-in-under-5-minutes/

3. Antara beberapa laman web yang telah dibeli melalui saya adalah seperti di bawah. Jika anda mempunyai sebarang masalah, boleh hubungi saya. Insyaallah, mungkin saya boleh membantu untuk membina/setup laman web anda. Dengan syarat domain yang dibeli adalah dari www.NetKL.com.

www.amanah2u.com
www.prubsnadvisor.com
www.jomtakaful.com
www.myn4u.com
www.ikhwan2u.com
www.mywellness2u.com
www.usahawan2u.com

Kesemua laman web ini menggunakan applikasi WordPress.

Selamat mencuba.

Retirement can feel like a long time from now, but money invested now can compound year after year.
Compounding is a very powerful thing,even if it’s just a small amount, time is your biggest ally.

If you want to target a retirement income of RM36,000 per year or RM3,000 per month,
from the table below you need to save or deposit a total of RM450,000 with the rate of return is only 8% per year. 
DesiredIncome
The above table offers some quick estimates of how much you might need to accumulate before you can retire/not working.

Then you will know that in order to get RM450,000, you need to start saving or investment now.
The following table illustrates how much you’d need to save each month, if you started from zero at various years before retirement, to realize a RM1 million in savings.
The table assumes that your annual investment rate of return on your savings is 8% (which cannot be guaranteed if you just place in normal deposit account).

YearsToRetire

Try to invest 10% of your income no matter what. Get started now, because while your income may rise in the future, so will your responsibilities and spending.

Should you need more info about unit trust investment using EPF scheme, please don’t hesitate to contact me, Najib – 019-266 9028.

1. Terdapat di dalam sesetengah kes, di mana majikan hanya membayar untuk had jumlah yang tertentu bagi setiap kes kemasukan ke hospital.
2. Misalnya, jika bil perubatan hospital anda RM30,000 dan had perubatan yang dibenarkan oleh majikan hanyalah RM20,000, maka baki RM10,000 tetap perlu dijelaskan oleh anda. (Nota : Oleh itu, cuba semak manfaat perubatan yang diberikan oleh majikan anda)
3. Walaubagaimanapun, jika anda mengambil Pelan Takaful beserta dengan manfaat perlindungan perubatan, semua baki tersebut (tertakluk kepada ko takaful jika ada) akan dibayar pengendali Takaful.
4. Sebagai contoh Encik A berkerja di sebuah syarikat B dan di dalam polisi syarikat menyatakan majikan hanya membayar sehingga RM30,000 sahaja bagi setiap kes kemasukan ke hospital. Katakan Encik A telah dimasukkan ke hospital dan bayaran bil perubatannya adalah RM50,000. Ini bermakna Encik A terpaksa menjelaskan baki sebanyak RM20,000. Walaubagaimanapun, sekiranya Encik A menyertai Pelan Takaful oleh pengendali takaful, ini bermakna beliau adalah bernasib baik kerana RM20,000 ini boleh dijelaskan (tertakluk kepada tuntutan ko-takaful juga).

Tuntutan lebihan baki yang tidak dibayar oleh majikan/pengendali takaful atau syarikat insuran lain bergantung kepada keaadaan seperti berikut : 

  1. Pemilik sijil boleh menuntut bayaran jumlah lebihan yang tidak dibayar oleh majikan/pengendali takaful atau syarikat insurans lain
  2. Situasi ini bergantung kepada syarat-syarat sijil
  3. Pemilik sijil perlu menghantar perkara-perkara yang disebut di bawah untuk pemprosesan tuntutan :
  • Surat daripada majikan/pengendali takaful atau syarikat insurans lain dengan menyatakan dan jumlah yang dibayar
  • Salinan pendua bil terperinci yang disahkan oleh majikan/pengendali takaful atau syarikat insurans lain
  • Salinan pendua laporan perubatan yang disahkan oleh majikan/pengendali takaful atau syarikat insurans lain
  • Salinan asal borang tuntutan.

Rawatan Pesakit Luar

Saya ingin berkongsi mengenai tuntutan rawatan pesakit luar sekiranya anda memiliki pelan Takaful beserta kad perubatan seperti saya.

Untuk makluman, Outpatient Treatment (Rawatan Pesakit Luar) juga didatangkan bersama-sama dengan manfaat kad perubatan. Tetapi tuntutan ini hanya boleh dibuat sekiranya ianya berkaitan dengan kemasukan ke hospital. Sebagai contoh : Sakit demam denggi – Jika anda telah mendapat rawatan sakit luar terlebih dahulu dan kemudiannya dimasukkan ke hospital. Anda layak untuk membuat tuntutan.

Bergantung kepada terma dan syarat pengendali Takaful, sebagai contoh :
1. Jumlah tuntutan yang dibayar mungkin hanya 90% daripada jumlah tuntutan berdasarkan resit.
2. Kemungkinan terdapat ko
takaful yang dikenakan ke atas peserta iaitu mungkin sehingga RM2,000 sahaja.
3. Tuntutan rawatan “outpatient” juga mungkin perlu dibuat di dalam tempoh tertentu iaitu seperti 30 hari sebelum kemasukan hospital dan 90 hari selepas keluar dari hospital.

Jangan lupa pastikan anda memeriksa dan memahami terma dan syarat ini.

Pengukuran BMI

BMI merupakan singkatan kepada ‘Body Mass Index’ atau Indeks Jisim Tubuh di mana ianya merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya, seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obesiti mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.http://www.moh.gov.my/MohPortal/bmi.jsp 

Formula bagi pengukuran BMI ialah :-

BMI = Berat (kg) / (Tinggi X Tinggi (meter))

Jom kira BMI anda di

Semua syarikat Takaful amat menitik beratkan soal BMI ini. Jika BMI anda, adalah normal maka mudahlah bagi syarikat Takaful memberi kelulusan untuk polisi anda.

BMI Weight Status
Below 18.5 Underweight
18.5 – 24.9 Normal
25.0 – 29.9 Overweight
30.0 and Above Obese

It should be noted that this method gives a rough guideline only. BMI tells you nothing about body composition or fat content. Remember that muscle is denser than fat, so some very lean muscular people (weight trainers etc.) would be classed as overweight, by this method. If in doubt – look in the mirror!

Sesetengah pengendali Takaful mengenakan bayaran ko takaful terutamanya untuk kes yang melibatkan kemasukan ke hospital panel :
1. Bagi Manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian), anda sebagai peserta akan membayar 10% daripada jumlah perbelanjaan yang layak, tertakluk kepada jumlah ko-Takaful Minimum sebanyak RM300.00 dan Maksimum sebanyak RM1,000.00. Manakala, pihak pengendali Takaful akan membayar bakinya.
2. Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar, anda akan membayar 10% daripada jumlah manfaat yang layak manakala pihak pengendali Takaful akan membayar bakinya.

Bil Hospital Jumlah Kos PengendaliTakaful

(90%)

Peserta(10%) Nota
Jumlah Caj Bilik (RM100/hari x 5 hari) RM 500 RM 500 (100%) Tiada Dalam Manfaat Bilik dan Penginapan HarianMaksima RM 100/hari (120 hari setahun). Dibayar sepenuhnya oleh Pengendali Takaful
Pembedahan RM5,000 RM 4,500 RM 500 Dalam Manfaat Unit Rawatan Rapi, Pembedahan, Perkhidmatan Hospital(Min : RM 300 dan Maks : RM 1,000)
Perkhidmatan dan pembekalan hospital RM1,000 RM 700 RM 300 Dalam Manfaat Unit Rawatan Rapi, Pembedahan, Perkhidmatan HospitalContoh : Ubatan, Diagnostic atau ujian makmal, ambulans, yuran doktor, pindahan darah, cukai perkhidmatan  (Min: RM 300 dan Maks: RM 1,000)
Rawatan sebelum dan selepas keluar hospital RM300 RM 270 RM 30 Dalam Manfaat Rawatan Pesakit Luar – Rawatan, perundingan, ujian penyiasatan atau diagnostic atau pemeriksaan ulangan.(10% daripada jumlah kos)
Jumlah Bayaran RM 6,800 RM 6,470 RM 830 Elaun Tunai Hospital anda RM100 sehari boleh digunakan untuk membayar RM 830. RM 830 dibayar sebelum keluar hospital. RM100 x 5 hari atau RM 500 dan lain-lain tuntutan dibayar selepas keluar hospital dan tuntutan. Ini bermakna peserta hanya membayar sejumlah RM330 berbanding RM6,800 jika tanpa kad perubatan.

1. Bagi peserta yang tidak membayar sumbangan bulanan selama 3 bulan berturut-turut,  status pelan Takaful peserta berkemungkinan akan bertukar dari status IN-FORCED kepada LAPSED.

2. Ini bermakna pelan Takaful peserta tersebut tidak akan berkuatkuasa dan sekiranya berlaku apa-apa, pihak pengendali Takaful tidak akan menanggung atau membuat sebarang bayaran bagi tuntutan yang dibuat.

3. Hanya apabila setelah penguatkuasaan semula (Revival) dibuat dan diluluskan, peserta akan tertakluk kepada tempoh menunggu semula seperti mana mereka menyertai pelan Takaful untuk menikmati manfaat-manfaat sedia-ada.

4. Untuk penguatkuasaan semula di dalam tempoh 6 bulan pertama, peserta dikehendaki membayar semua tunggakan sumbangan bulanan untuk membolehkan auto revival dibuat. Setelah sumbangan diterima dan pelan diluluskan oleh pihak pengendali Takaful, peserta adalah tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari.

5. Untuk penguatkuasaan semula bagi tempoh lebih daripada 6 bulan, peserta dikehendaki membayar hanya  tunggakan sumbangan bulanan untuk 3 bulan sahaja dan perlu mengisi borang penguatkuasaan semula. Setelah sumbangan diterima dan pelan diluluskan oleh pihak pengendali Takaful, peserta adalah tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari.

Peserta perlu merujuk kepada sijil Takaful kerana setiap pengendali Takaful mungkin mempunyai terma dan syarat yang berbeza.

Terdapat pelbagai pelan Takaful di negara ini dan masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Mungkin salah satu daripada pelan Takaful yang boleh anda pertimbangkan untuk dimiliki iaitu Pelan Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful.

Caruman atau sumbangan bulanan anda akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia.

Anda juga boleh muat turun buku panduan takaful berkaitan pelaburan oleh Bank Negara Malaysia atau takaful_berkaitan_pelaburan.

Hubungi saya – Najib 0192669028.

Bagi anda yang ingin membina laman web sendiri, boleh gunakan panduan berikut :

1 – Dapatkan hosting anda di sini. Jika anda ingin melihat pakej yang disediakan oleh NetKL.com, sila klik di sini : www.NetKL.com. Hanya RM60 setahun beserta domain .com anda diberi secara percuma. Sebagai contoh www.<nama-anda>.com

2 – Rujuk http://wordpress.tv/2009/06/08/create-an-ecommerce-website-with-wordpress-in-under-5-minutes/

Jika anda mempunyai sebarang masalah, boleh hubungi saya. Insyaallah, mungkin saya boleh membantu. Dengan syarat domain yang dibeli adalah dari www.NetKL.com. Antara beberapa laman web yang telah dibeli melalui saya adalah www.amanah2u.com, www.prubsnadvisor.com, www.jomtakaful.com dan www.myn4u.com. Kesemua laman web ini menggunakan applikasi WordPress

Selamat mencuba

Seminar Unit Trust

Potensi Industri Unit Trust:
1. Hari ini industri unit trust di Malaysia mula berkembang dan semakin mendapat perhatian. Industri Multi-Billion ringgit ini telah berkembang dari RM0.4b pada tahun 1992 kepada RM130b pada tahun 2008.
2. Potensinya memang besar cuma kita perlu mengambilnya.
3. Kita hendaklah jadi orang yang melakukannya bukannya orang yang melihat orang lain melakukannya.
Industri unit trust ini adalah satu industri yang masih baru di Malaysia berbanding dengan negara-negara maju seperti UK dan US.
4. Melibatkan diri dalam perniagaan unit trust adalah suatu yang sangat mengujakan! Anda telah melihat berbagai-bagai latar belakang orang yang telah berjaya melakukannya.
5. Jadi, segera bertindak. Anda berpotensi untuk melancong ke Dubai, UAE atau Korea atau Bali dengan percuma (termasuk tiket, penginapan, makan minum dan tour) selama seminggu dan mendapat pendapatan yang lumayan.
6. Bayangkan anda tidak perlu terperangkap dalam kesesakan jalan raya pada waktu pagi dan petang kerana anda boleh mengubah masa anda bekerja.

Anda Silap Jika Menganggap Semua

Bisnes Berisiko Tinggi!

 

Risiko Bekerja Makan Gaji Yang Tak Kita Sedari

1. You’re FIRED

2. Gaji Mati atau Tak Naik

3. Kalau Naik Pangkat Cepat Sangat, Kawan Dengki

4. Kena Pindah Lokasi Kerja dsb

 

Kelebihan Bisnes Unit Trust 

1. Modal Sedikit. Risiko rendah

2. Industri baru – peluang besar untuk maju

3. Berpotensi untuk mendapat pendapatan tanpa batas

4. Pendapatan pasif

5. Percutian Percuma, Anugerah & Iktiraf

6. Bantu klien untuk memaksimakan pulangan

7. Bantu rakan untuk memulakan perniagaan dengan kos minima

8. Subsidi kursus antarabangsa Perancang Kewangan Bertauliah (Certified Financial Planner – CFP)

  

Cuba Fikirkan Formula Perniagaan Unit Trust Ini…

Jualan Bulanan

Pendapatan Bulanan

Bulan 1 – jual RM 100,000

RM2,750

Bulan 2 – jual RM 150,000

RM4,125

Bulan 3 – jual RM 200,000

RM5,500

Bulan 4 – jual RM 200,000

RM5,500

 

1. Cuba bayangkan jika anda hanya menjual RM200,000 setiap bulan. Seorang klien boleh melabur RM10,000. Jadi anda hanya perlu mencari 20 klien.
2. Dalam sebulan anda bekerja hanya 20 hari. Hanya dapatkan klien 1 orang 1 hari. Jika anda lebih bijak, anda boleh mencari klien yang mempunyai RM200,000.

3. Ini bermakna anda perlu mencari 1 klien 1 bulan. Dan yang lebih mudah lagi adalah klien anda yang mempunyai simpanan KWSP yang besar.

4. Klien anda akan boleh melabur setiap 3 bulan dengan anda. Ini adalah bisnes ulangan dari klien yang sama setiap 3 bulan.

 

Anda juga boleh bayangkan bisnes unit trust ini seperti membina empayar perniagaan dengan outlet yang banyak atau seperti perniagaan franchais.

Cuma jadikan rakan-rakan anda seperti anda menjual RM200,000 setiap bulan dan anda akan dapat manfaat RM1200.

Bayangkan anda ada 5 orang yang anda jadikan entrepreneur seperti anda; 5 X RM1200 = RM6000. Binalah seberapa banyak entrepreneur supaya pendapatan anda akan lebih berganda dan terus berganda.

 

Alangkah baiknya jika kita boleh lakukan ini semuanya di dalam kumpulan.

 

Mahukah Anda Kami Tunjukkan

Cara Mudah dan Pantas

Jika Anda Boleh Melakukannya

Secara Berkumpulan?

  

Soalan-Soalan Menarik Yang

Bermain Di Fikiran Anda Bakal

Terjawab di Seminar Kami Nanti!

Adakah persoalan-persoalan ini sering bermain difikiran anda untuk anda memulakan perniagaan unit trust anda?.

  1. Bisnes apa yang sesuai untuk anda?

  2. Apa itu Unit Trust?

  3. Benarkah industri Unit Trust berpotensi besar ?

  4. Apakah persediaan sebelum menjadi usahawan/konsultan Unit Trust?

  5. Bagaimanakah cara memilih Syarikat Unit Trust yang sesuai dan terbaik?

  6. Perbandingan antara Syarikat-Syarikat Unit Trust di Malaysia?

  7. Apakah perbezaan di antara unit trust syariah dan konvensional?

  8. Berapakah kosnya untuk menjadi Konsultan Unit Trust?

  9. Apa yang anda perlu buat setelah mendaftar sebagai konsultan Unit Trust?

  10. Apa itu EPF Investment Scheme untuk Unit Trust?

  11. dan banyak lagi ……

Wajarkah Anda Membiarkan Peluang Yang Ada Di Depan Mata Berlalu Begitu Sahaja?

 

Manfaatkan Masa Anda

Sekarang Dengan Mempelajarinya

Daripada Orang Yang Berpengalaman!

 

Mulakan Langkah Pertama Anda Sekarang

Dengan Menghadiri Seminar Percuma Ini.

Pelajarilah Bagaimana Untuk Terus Memulakan

Perniagan Unit Trust

Walaupun Anda Bukan Seorang

Pakar Kewangan atau Pakar Jualan!

 

Matlamat Seminar:

Menyampaikan pengalaman kami dan membuka peluang kepada semua bumiputera untuk merebut perniagaan yang memberi pulangan lumayan dengan masa yang singkat.

 

Semuanya PERCUMA!!!

 

Hubungi Najib (019-266 9028) Talian aktif 24 jam untuk menerima pengesahan kehadiran anda.