Ahli KWSP yang tinggal di kawasan sekitar Semenyih kini boleh mencetak penyata dan mendaftar i-Akaun di cawangan RHB Easy terpilih melalui Kios Pintar KWSP. Maklumat waktu operasi Kios tersebut adalah seperti berikut:
RHB Easy Semenyih
Alamat : No. 52, Jalan Pasar Baru, 43500 Semenyih, Selangor.
Hari / Waktu Operasi Kios: Isnin – Ahad / 7.30 pg – 9.00 mlm
Tutup pada Sabtu kedua setiap bulan.
Melalui kemudahan yang disediakan ini, anda boleh menyemak dan mengira kelayakan untuk jumlah pelaburan unit amanah anda.Hubungi saya untuk penerangan lanjut berkaitan dengan pelaburan unit amanah, Najib – 019 266 9028. Talian aktif 24 jam.
Pertanyaan pelaburan unit amanah melalui Skim Pelaburan EPF/KWSP

1. Adakah permohonan anda untuk mendapatkan pembiayaan atau kredit kad ditolak?
2. Adakah anda pernah menjadi seorang penjamin pembiayaan?
Jika jawapannya YA, anda boleh mencuba untuk memeriksa maklumat kredit/pembiayaan anda melalui CCRIS.
Central Credit Reference Information System (CCRIS) merujuk kepada sistem maklumat rujukan kredit berpusat yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia.
Ia menunjukkan ringkasan maklumat berhubung dengan pembiayaan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang berkaitan dengan nama anda di bawah institusi kewangan berdaftar tempatan. Ia juga menunjukkan rekod pembayaran anda untuk tempoh selama 12 bulan terakhir.
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan pinjaman atau kredit kad, saya mencadangkan anda untuk merujuk kepada penyata CCRIS anda sebelum tindakan seterusnya dibuat.
Cara untuk mendapatkan CCRIS bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur,
1 – Pergi ke Bank Negara di Tingkat Bawah, Block D, Jalan Dato’ Onn. Untuk ke sana, anda boleh menaiki Komuter KTM dan berhenti di stesen Bank Negara.
2 – Di bahagian kaunter khidmat pelanggan hanya tunjukkan Mykad dan anda akan dikehendaki mengisi borang.
3 – Laporan kredit anda akan dicetak dan jika anda perlukan bantuan, dapatkan penerangan tentang laporan kredit anda.
Bagi anda yang tinggal di luar Kuala Lumpur, dapatkan maklumat CCRIS secara pos.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web rasmi Bank Negara Malaysia – http://creditbureau.bnm.gov.my/.
Hubungi saya untuk penerangan lanjut Najib 019 266 9028.
Filed under:
Kredit Kad I
Merujuk kepada laman web rasmi Bank Negara Malaysia, sehingga 4 Disember 2009, hanya terdapat 8 pengendali Takaful yang dilesenkan dan beroperasi buat pada masa sekarang ini di Malaysia.
Salah satu daripadanya adalah Prudential BSN Takaful.
Rujuk link di bawah berikut :
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund=0&cu=0
Menurut pandangan Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net/) rujuk http://www.zaharuddin.net/content/view/307/101/, sesuatu syarikat insuran perlu mempunyai majlis penasihat syariahnya sendiri, untuk tergolong ke dalam senarai pengendali Takaful oleh Bank Negara Malaysia .
Senarai pengendali Takaful di dunia juga boleh diperolehi di laman web Assosiation of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM), Prudential BSN Takaful merupakan salah sebuah pengendali Takaful yang telah didaftarkan di bawah AIBIM.
Diharapkan dengan adanya maklumat di atas dapat memberikan panduan untuk anda membezakan mengenai pengendali/pemberi perkhidmatan pelan Insuran/Takaful yang anda miliki sekarang ini.
Sekiranya anda masih belum memiliki pelan perlindungan, adalah dicadangkan untuk anda mengambil pelan tersebut daripada pengendali Takaful yang didaftarkan. Ini adalah kerana Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram. (Rujuk KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDING HUKUM SYARA’(FATWA), NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MENGENAI HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWA).
Hubungi saya untuk maklumat lanjut Najib 019 266 9028 www.mudahniaga.com
Filed under:
Info_Takaful
Salah satu daripada tujuan Ko takaful diperkenalkan bagi membolehkan perkongsian kos berkaitan tuntutan perubatan dan rawatan sakit luar berkaitan kemasukan hospital antara peserta dan pengendali Takaful. Jumlah ko-takaful yang dibayar selalunya akan dimaklumkan kepada peserta sebelum menyertai Pelan Takaful yang dipilih.Sebagai contoh, peserta mungkin hanya membayar sebanyak 10% berbanding dengan pengendali Takaful sebanyak 90% daripada jumlah tuntutan rawatan. Dan jumlah bayaran yang dikenakan mungkin tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan iaitu :
a – Tuntutan rawatan perubatan : 10% dari jumlah bil yang tertakluk kepada bayaran Minima RM300 dan Maksima RM1,000 oleh peserta.
b – Tuntutan rawatan pesakit luar berkaitan kemasukan hospital : 10% dari jumlah bil yang tertakluk kepada bayaran Maksima RM2,000 oleh peserta.Bayaran ko takaful perlu dibayar terlebih dahulu sebelum peserta keluar dari hospital. Kadang-kala kemungkinan besar bayaran ini akan ditolak daripada bayaran deposit yang dikenakan sewaktu kemasukan peserta ke hospital.
Cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah ko takaful (bergantung kepada situasi anda) :
1 – Peserta adalah dinasihatkan untuk mengambil rider tambahan iaitu berkaitan dengan elaun hospital (HB) dan elaun perlindungan perubatan (MC) bagi mengurangkan atau mendapat lebihan setelah pembayaran ko takaful dibuat. Jika peserta boleh membuat tuntutan manfaat elaun hospital atau membuat pengeluaran dari akaun pelaburan atau akaun peserta, sila gunakan borang tuntutan atau pengeluaran. Boleh rujuk kepada agen untuk bantuan.
2 - Simpanan di dalam akaun pelaburan peserta melalui sumbangan Takaful Saver dan Bonus Tiada Tuntutan akan membolehkan peserta membuat pengeluaran pada bila-bila masa apabila simpanan minima mencecah RM500.
3 – Sebagai tambahan, simpanan dari akaun peserta juga boleh dikeluarkan dengan minima pengeluaran sebanyak RM1,000 dengan syarat baki yang ditinggalkan adalah sebanyak RM1,000 di dalam akaun tersebut.
4 – Dapatkan bantuan saya jika keadaan benar-benar terdesak – hanya untuk klien saya sahaja

Untuk penerangan lanjut hubungi Najib 019 266 9028.
Filed under:
Info_Takaful