Alhamdulillah, indeks FBM KLCI hari ini mencecah 1,315.14. Secara tidak langsung merupakan antara paras tertinggi yang dicapai dalam tempoh satu tahun. Sebagai salah seorang pelabur dan consultant saham amanah (unit trust), saya rasa cukup gembira kerana sedikit sebanyak nilai pelaburan untuk pelaburan diri sendiri dan klien telah menunjukkan pulangan yang cukup positif.
Ada pulangan yang mencecah lebih dari 30% dan insyaallah, mudah-mudahan dengan objektif dan strategi pelaburan yang dibuat, adalah diharapkan pulangan akan terus berlipat ganda.

Setelah hampir 3 minggu, akhirnya talian streamyx yang berkelajuan 512kbps Cool Uni Pack Plan telah selamat dipasang. Sekarang sedang menunggu Netbook HP PERCUMA yang menurut HP akan diperolehi dalam tempoh 2 minggu selepas pemasangan talian steramyx. Dengan yuran bulanan hanya RM65, tawaran yang dibuat oleh TM memang cukup best. Pelan ini didatangkan dengan Wireless Modem dan access kepada rangkaian TM Hotspot secara PERCUMA.
Apalagi, kalau ada adik-adik atau sedara mara yang belajar di tahun 1 atau 2, di pusat pengajian tinggi, bolehlah kita cuba bertanya tentang plan yang menarik ini.
Dengan adanya talian streamyx secara wireless di rumah, insyallah, bolehlah saya terus berkongsi maklumat yang berkaitan di laman web ini. Apa-pun terima kasih kerana mengunjungi laman web saya.
