Archive for April, 2010

Video di bawah hanyalah sebagai idea sahaja bagaimana kita di dalam Takaful mahupun Insuran membantu peserta sesama peserta yang lain.

Apabila kita mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, kita akan lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Tentunya ketenangan akan diperolehi kerana kita mampu mengawal segalanya.

Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana Pelan Takaful berasaskan pelaburan boleh membantu, hubungi saya, Najib 019 2669028.

1. Tidak dinafikan semua orang patut memiliki Pelan Takaful. Bagaimanapun, tidak semua daripada kita yang mampu memiliki pelan Takaful seperti yang dihajati.
2. Sekiranya anda berpeluang untuk memiliki Pelan Takaful, anda hendaklah memastikan bahawa pelan Takaful tersebut menepati keperluan kewangan anda pada masa ini dan keperluan kewangan anda yang dijangkakan.
3. Dengan kata lain, anda perlu mampu membuat sumbangan seperti yang telah dipersetujui untuk Pelan Takaful tersebut.
4. Sekiranya tiada sumbangan dibuat, secara tidak langsung pelan Takaful anda tidak lagi dikuatkuasakan dan sekiranya tuntutan dibuat bermakna anda tidak akan menerima apa-apa.

Anda boleh berbincang dengan agen Takaful sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat sumbangan. Menarik tentang sumbangan Takaful ialah anda tidak dikenakan riba/caj bunga sekiranya anda terlewat membuat sumbangan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Najib 0192669028

Jumlah bayaran cukai yang dikenakan adalah bergantung kepada jumlah pendapatan lebihan setelah ditolak dengan pelepasan cukai yang dibenarkan dan bayaran potongan cukai berjadual atau bayaran zakat. Sumbangan pelan Takaful boleh membantu anda mendapat pelepasan sehingga RM9,000 setahun. Ini termasuk dengan sumbangan KWSP anda.

Katakan jumlah pendapatan bercukai anda adalah RM35,500 (Tanpa pelepasan RM9,000 setahun) iaitu :
1.
Cukai ke atas RM35,000 yang pertama adalah RM1,525.00
2. Cukai ke atas baki RM500 @ 12% adalah RM 60.00
3. Jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah RM1,585.00

Sekiranya pelepasan RM9,000 diambil kira, jumlah pendapatan bercukai anda adalah RM35,500 – RM9,000 = RM26,500 iaitu :
1.
Cukai ke atas RM20,000 yang pertama adalah RM475.00
2. Cukai ke atas baki RM6,500 @ 7% adalah RM 455.00
3. Jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah RM930.00

Antara manfaat pelan Takaful :
1 – Mengurangkan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai
2 – Membantu anda membuat sumbangan untuk diri anda sendiri terlebih dahulu
3 – Mendapat manfaat perlindungan selama-mana sumbangan Takaful dibuat
dan lain-lain lagi…

Maklumat lanjut berkaitan penerangan dan pengiraan cukai boleh dirujuk di https://ef.hasil.gov.my/eBE2010/temp/NotaBE2009.pdf

Hubungi saya, Najib 0192669028 untuk maklumat lanjut.

Bagi anda yang telah membuat sumbangan untuk Pelan Takaful pada tahun 2009, jangan lupa dapatkan pengecualian bayaran cukai untuk taksiran cukai bagi tahun 2009. Taksiran cukai boleh dibuat di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://e.hasil.gov.my/.

Pengecualian yang diberikan adalah sehingga RM9,000. Dibawah berikut adalah snapshot daripada e-filing untuk cukai taksiran anda.

Mulai bulan Mac, 2010, pihak Prudential BSN Takaful telah menghantar penyata sumbangan Takaful tahun 2009. Pastikan anda mendapat penyata tersebut untuk membolehkan anda mendapat pelepasan cukai yang dibenarkan. Jumlah pelepasan bergantung kepada jumlah sumbangan yang dibuat oleh anda.

Bagi klien saya, sila hubungi saya Najib 0192669028 sekiranya anda belum menerima penyata sumbangan pelan Takaful anda.