Sesetengah pengendali Takaful mengenakan bayaran ko takaful terutamanya untuk kes yang melibatkan kemasukan ke hospital panel :
1. Bagi Manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian), anda sebagai peserta akan membayar 10% daripada jumlah perbelanjaan yang layak, tertakluk kepada jumlah ko-Takaful Minimum sebanyak RM300.00 dan Maksimum sebanyak RM1,000.00. Manakala, pihak pengendali Takaful akan membayar bakinya.
2. Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar, anda akan membayar 10% daripada jumlah manfaat yang layak manakala pihak pengendali Takaful akan membayar bakinya.

Bil Hospital Jumlah Kos PengendaliTakaful

(90%)

Peserta(10%) Nota
Jumlah Caj Bilik (RM100/hari x 5 hari) RM 500 RM 500 (100%) Tiada Dalam Manfaat Bilik dan Penginapan HarianMaksima RM 100/hari (120 hari setahun). Dibayar sepenuhnya oleh Pengendali Takaful
Pembedahan RM5,000 RM 4,500 RM 500 Dalam Manfaat Unit Rawatan Rapi, Pembedahan, Perkhidmatan Hospital(Min : RM 300 dan Maks : RM 1,000)
Perkhidmatan dan pembekalan hospital RM1,000 RM 700 RM 300 Dalam Manfaat Unit Rawatan Rapi, Pembedahan, Perkhidmatan HospitalContoh : Ubatan, Diagnostic atau ujian makmal, ambulans, yuran doktor, pindahan darah, cukai perkhidmatan  (Min: RM 300 dan Maks: RM 1,000)
Rawatan sebelum dan selepas keluar hospital RM300 RM 270 RM 30 Dalam Manfaat Rawatan Pesakit Luar – Rawatan, perundingan, ujian penyiasatan atau diagnostic atau pemeriksaan ulangan.(10% daripada jumlah kos)
Jumlah Bayaran RM 6,800 RM 6,470 RM 830 Elaun Tunai Hospital anda RM100 sehari boleh digunakan untuk membayar RM 830. RM 830 dibayar sebelum keluar hospital. RM100 x 5 hari atau RM 500 dan lain-lain tuntutan dibayar selepas keluar hospital dan tuntutan. Ini bermakna peserta hanya membayar sejumlah RM330 berbanding RM6,800 jika tanpa kad perubatan.
Related Posts with Thumbnails