1. Terdapat di dalam sesetengah kes, di mana majikan hanya membayar untuk had jumlah yang tertentu bagi setiap kes kemasukan ke hospital.
2. Misalnya, jika bil perubatan hospital anda RM30,000 dan had perubatan yang dibenarkan oleh majikan hanyalah RM20,000, maka baki RM10,000 tetap perlu dijelaskan oleh anda. (Nota : Oleh itu, cuba semak manfaat perubatan yang diberikan oleh majikan anda)
3. Walaubagaimanapun, jika anda mengambil Pelan Takaful beserta dengan manfaat perlindungan perubatan, semua baki tersebut (tertakluk kepada ko takaful jika ada) akan dibayar pengendali Takaful.
4. Sebagai contoh Encik A berkerja di sebuah syarikat B dan di dalam polisi syarikat menyatakan majikan hanya membayar sehingga RM30,000 sahaja bagi setiap kes kemasukan ke hospital. Katakan Encik A telah dimasukkan ke hospital dan bayaran bil perubatannya adalah RM50,000. Ini bermakna Encik A terpaksa menjelaskan baki sebanyak RM20,000. Walaubagaimanapun, sekiranya Encik A menyertai Pelan Takaful oleh pengendali takaful, ini bermakna beliau adalah bernasib baik kerana RM20,000 ini boleh dijelaskan (tertakluk kepada tuntutan ko-takaful juga).

Tuntutan lebihan baki yang tidak dibayar oleh majikan/pengendali takaful atau syarikat insuran lain bergantung kepada keaadaan seperti berikut : 

  1. Pemilik sijil boleh menuntut bayaran jumlah lebihan yang tidak dibayar oleh majikan/pengendali takaful atau syarikat insurans lain
  2. Situasi ini bergantung kepada syarat-syarat sijil
  3. Pemilik sijil perlu menghantar perkara-perkara yang disebut di bawah untuk pemprosesan tuntutan :
  • Surat daripada majikan/pengendali takaful atau syarikat insurans lain dengan menyatakan dan jumlah yang dibayar
  • Salinan pendua bil terperinci yang disahkan oleh majikan/pengendali takaful atau syarikat insurans lain
  • Salinan pendua laporan perubatan yang disahkan oleh majikan/pengendali takaful atau syarikat insurans lain
  • Salinan asal borang tuntutan.
Related Posts with Thumbnails