Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram. (Rujuk KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDING HUKUM SYARA’(FATWA), NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MENGENAI HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWA).

Jika syarikat berkenaan tidak menjalankan kegiatan mengikut hukum syarak, wang daripada insurans selepas pencarum meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka. Hanya wang pendahuluan atau wang yang dibayar setiap bulan oleh si mati saja menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.

Sumber: Berita Harian, 12hb Jun 2008 - Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak.

Related Posts with Thumbnails