ico_02_new
1. Adakah permohonan anda untuk mendapatkan pembiayaan atau kredit kad ditolak?
2. Adakah anda pernah menjadi seorang penjamin pembiayaan?

Jika jawapannya YA, anda boleh mencuba untuk memeriksa maklumat kredit/pembiayaan anda melalui CCRIS. 

Central Credit Reference Information System (CCRIS) merujuk kepada sistem maklumat rujukan kredit berpusat yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia.

Ia menunjukkan ringkasan maklumat berhubung dengan pembiayaan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang berkaitan dengan nama anda di bawah institusi kewangan berdaftar tempatan. Ia juga menunjukkan rekod pembayaran anda untuk tempoh selama 12 bulan terakhir.

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan pinjaman atau kredit kad, saya mencadangkan anda untuk merujuk kepada penyata CCRIS anda sebelum tindakan seterusnya dibuat.   

Cara untuk mendapatkan CCRIS bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur,
1 – Pergi ke Bank Negara di Tingkat Bawah, Block D, Jalan Dato’ Onn. Untuk ke sana, anda boleh menaiki Komuter KTM dan berhenti di stesen Bank Negara.
2 – Di bahagian kaunter khidmat pelanggan hanya tunjukkan Mykad dan anda akan dikehendaki mengisi borang.
3 – Laporan kredit anda akan dicetak dan jika anda perlukan bantuan, dapatkan penerangan tentang laporan kredit anda.

Bagi anda yang tinggal di luar Kuala Lumpur, dapatkan maklumat CCRIS secara pos.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web rasmi Bank Negara Malaysia – http://creditbureau.bnm.gov.my/.

Hubungi saya untuk penerangan lanjut Najib 019 266 9028.

Related Posts with Thumbnails