Setelah hampir 3 minggu, akhirnya talian streamyx yang berkelajuan 512kbps Cool Uni Pack Plan telah selamat dipasang. Sekarang sedang menunggu Netbook HP PERCUMA yang menurut HP akan diperolehi dalam tempoh 2 minggu selepas pemasangan talian steramyx. Dengan yuran bulanan hanya RM65, tawaran yang dibuat oleh TM memang cukup best. Pelan ini didatangkan dengan Wireless Modem dan access kepada rangkaian TM Hotspot secara PERCUMA.

Apalagi, kalau ada adik-adik atau sedara mara yang belajar di tahun 1 atau 2, di pusat pengajian tinggi, bolehlah kita cuba bertanya tentang plan yang menarik ini.

Dengan adanya talian streamyx secara wireless di rumah, insyallah, bolehlah saya terus berkongsi maklumat yang berkaitan di laman web ini. Apa-pun terima kasih kerana mengunjungi laman web saya.

Related Posts with Thumbnails