Salah satu daripada manfaat jika anda mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah mengenai bantuan kematian.

Sekiranya ahli meninggal dunia ketika masih mempunyai simpanan, bantuan kematian yang akan diberikan sebanyak RM2,500.00 akan dibayar sekali sahaja mengikut budibicara KWSP kepada mana-mana orang tanggungan ahli.

Bagaimanapun, syarat-syarat pengeluaran Bantuan Kematian adalah seperti berikut?
Penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli mengeluarkan simpanan KWSP apabila ahli meninggal dunia.
i. Ahli yang meninggal dunia mestilah seorang warganegara Malaysia; ATAU
Mendapat taraf penduduk tetap; ATAU
Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
ii. Permohonan diterima dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian ahli.
iii. Ahli masih mempunyai simpanan, semasa permohonan pengeluaran kematian dibuat.

Oleh yang demikian, tidak rugi sekiranya anda memiliki simpanan di KWSP.

Jadi fikir-fikirkanlah tentang manfaat yang diberikan ini. Maklumat lanjut boleh rujuk laman web http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/death-withdrawal

Sekiranya anda suka dengan artikel ini, sila klik iklan Nuffang di sebelah kanan anda. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...