1. Bagi peserta yang tidak membayar sumbangan bulanan selama 3 bulan berturut-turut,  status pelan Takaful peserta berkemungkinan akan bertukar dari status IN-FORCED kepada LAPSED.

2. Ini bermakna pelan Takaful peserta tersebut tidak akan berkuatkuasa dan sekiranya berlaku apa-apa, pihak pengendali Takaful tidak akan menanggung atau membuat sebarang bayaran bagi tuntutan yang dibuat.

3. Hanya apabila setelah penguatkuasaan semula (Revival) dibuat dan diluluskan, peserta akan tertakluk kepada tempoh menunggu semula seperti mana mereka menyertai pelan Takaful untuk menikmati manfaat-manfaat sedia-ada.

4. Untuk penguatkuasaan semula di dalam tempoh 6 bulan pertama, peserta dikehendaki membayar semua tunggakan sumbangan bulanan untuk membolehkan auto revival dibuat. Setelah sumbangan diterima dan pelan diluluskan oleh pihak pengendali Takaful, peserta adalah tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari.

5. Untuk penguatkuasaan semula bagi tempoh lebih daripada 6 bulan, peserta dikehendaki membayar hanya  tunggakan sumbangan bulanan untuk 3 bulan sahaja dan perlu mengisi borang penguatkuasaan semula. Setelah sumbangan diterima dan pelan diluluskan oleh pihak pengendali Takaful, peserta adalah tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari.

Peserta perlu merujuk kepada sijil Takaful kerana setiap pengendali Takaful mungkin mempunyai terma dan syarat yang berbeza.

Related Posts with Thumbnails