Jadi Agen?

1. Wakil takaful atau agen Takaful juga dikenali sebagai Quality Agent.
2. Sebagai Quality Agent yang dilantik anda adalah tertakluk secara terus dengan Agensi atau dikenali juga sebagai Direct Agency.
3.
Anda hanya dikehendaki untuk menduduki 1 peperiksaan sahaja di bawah MTA.
4. Quality Agent hanya boleh membawa produk Takaful sahaja dan tidak dengan produk konvensional.
5. Setiap Quality Agent sebenarnya tertakluk kepada Kontrak Perlantikan Agen yang perlu dipatuhi. Kegagalan untuk mematuhi setiap keperluan/syarat sebagai Quality Agent membolehkan pihak syarikat mengambil tindakan yang sewajarnya. Boleh rujuk kepada artikel saya Maintenance of Contract Requirements for Agent Takaful.

Cara untuk memohon dan menjadi Quality Agent (Direct Agency) cukup mudah.  

Langkah 1 : Membuat permohonan sebagai Quality Agent
Isi borang permohonan dengan menyertakan item seperti berikut :
1.       Salinan Kad Pengenalan X 2 salinan  
2.       Gambar berwarna berukuran passport X 4     
3.       Salinan muka surat hadapan akaun simpanan (Islamic account) oleh bank Bank Simpanan Nasional/Maybank.
4.       Salinan sijil pendidikan (minima SPM)           
5.       Yuran Peperiksaan = RM40
6.       Buku Panduan Asas Takaful = RM20
7.   Isi borang permohonan
8.  Anda juga boleh menghadiri sessi penerangan (Business Opportunity Preview) yang akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Hubungi saya, Najib 0192669028 untuk mengetahui tarikh sessi seterusnya.

 Langkah 2 : Membuat persediaan untuk peperiksaan
1.       Semua soalan peperiksaan berdasarkan maklumat di dalam buku “Buku Panduan Asas Takaful”
2.       Bagi Peperiksaan Wakil Takaful Keluarga hanya 2 bab sahaja yang perlu dibaca iaitu A dan C.
i.                     Bahagian A (Asas Takaful)
ii.                   Bahagian C (Takaful Keluarga)
iii.                  Bahagian B (Takaful Am)
iv.                  Bahagian D (Takaful Perubatan & Kesihatan)
3.       Bahagian B dan D juga digalakkan untuk membaca untuk pengetahuan.
4.       Pihak wakil agensi akan mendaftar dan membuat persiapan yang perlu untuk membolehkan bakal Quality Agent mengambil peperiksaan dan memaklumkan tentang tarikh dan lokasi peperiksaan. Tarikh peperiksaan selalunya adalah dalam masa 1 bulan atau lebih hanya selepas borang permohonan peperiksaan diterima oleh pihak MII. 
5.   Pendaftaran untuk peperiksaan perlu dilakukan sebulan sebelum tarikh peperiksaan. Sebagai contoh anda perlu mendaftar sebelum 27 April 2010 untuk menduduki peperiksaan pada 22 Mei 2010.

Langkah 3 : Mengambil peperiksaan
1.       Peperiksaan yang bakal diambil adalah bercorak soalan objektif, 50 soalan dan hanya diberi tempoh 1 1/2 jam sahaja.
2.       Pastikan kad pengenalan dan slip peperiksaan dibawa semasa hari peperiksaan. Sila datang 30 minit lebih awal ke pusat peperiksaan.
3.       Kertas peperiksaan yang akan diambil ialah Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic Examination – TBE) yang dikendalikan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melalui Malaysia Insurance Institute (MII)

Langkah 4 : Perlantikan sebagai Quality Agent
1.       Keputusan peperiksaan selalunya akan diperolehi dalam masa lebih kurang 2 minggu.
2.       Jika peserta lulus, pihak agensi akan memaklumkan dan menyediakan kod Quality Agent serta surat perjanjian perlantikan.   

Langkah 5 : Persediaan sebagai Quality Agent
1.       Quality Agent perlu menghadiri 3 kursus asas bagi memenuhi keperluan latihan wajib selama 30 jam iaitu :
2.       Walaubagaimanapun, peserta bebas untuk memilih waktu yang sesuai dalam jangka masa 3 bulan dari tarikh perlantikan untuk menghadiri kursus-kursus ini.
3.       Pihak agensi dari masa ke semasa juga menyediakan kelas latihan setiap minggu iaitu pada setiap malam hari Selasa dan hari Sabtu pagi di ibu pejabat agensi Wangsa Maju dan juga pada setiap malam hari Rabu di pejabat cawangan Bangi.
4.      Pihak upline boleh membantu dari segi bantuan penyediaan sales kit, aktiviti booth dan alatan berkaitan dalam membantu Quality Agent yang baru.
5.       Pihak agensi masa ke semasa akan menyediakan bentuk ganjaran yang cukup menarik (sama ada dalam bentuk tunai, material atau percutian) sekiranya Quality Agent berjaya mencapai sasaran jualan yang diperlukan dalam tempoh masa tertentu.
6.  Bagi memudahkan bakal-bakal agen memulakan kerjaya dengan cepat, pihak Agensi ada menyediakan satu program yang dinamakan Fast Track Programme (FTP) yang diadakan di ibu pejabat agensi Wangsa Maju (Belakang Carrefour) selama 3 hari iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Agen akan dimaklumkan secara email atau SMS oleh pihak Agensi.
7.  Program FTP adalah PERCUMA, di mana bakal agen akan diajar bagaimana membuat prospecting dan closing, membuat Quotation dan juga pengisian borang turut diajar.

Nota : Boleh hubungi saya (Najib  019 266 9028) untuk membantu  anda. Mungkin anda berminat menjadi Quality Agent tetapi terdapat komitmen lain yang menghalang. Hubungi atau sms untuk penerangan percuma : Ahmad Najib – 019-266 9028 – ahmadnajibdahalan@gmail.com